Tips Mendaki Gunung Kinabalu

Saturday, 30 August 2014 0 comments

KEPERLUAN KESIHATAN
Walaupun hampir keseluruhan laluan hingga ke puncak tidak memerlukan kemahiran teknik memanjat gunung, tetapi latihan kecergasan amatlah dituntut sebelum pendakian di jalankan. Adalah penting untuk memahami anda akan mendaki di pelbagai keadaan bentuk muka bumi. Ia akan memberikan tekanan kepada otot dan lutut. Perlu juga diingatkan kebanyakkan pendaki akan mengalami kecederaan semasa di dalam perjalanan turun. Semasa peringkat awal pendakian anda di nasihati memperlahankan langkah supaya membolehkan badan kita menyesuaikan diri dengan altitude ketinggian 3,000meters.Pada ketinggian ini kandungan oksigen hanya 70% berbanding pada paras aras-laut.

Untuk mendaki gunung Kinabalu:
-Anda perlu berkeadaan fizikal yang baik.
-Anda TIDAK berpenyakit lemah jantung atau dada.
-Lutut dan kaki anda berada dalam keadaan baik..
-Jangan terburu-buru dan tahu had fizikal anda..
Minta pandangan pakar fizikal:-Jika anda perlu mengambil sebarang jenis ubatan
-Jika anda mengalami masalah kesihatan selain..
Jika anda perlu memakan ubat semasa mendaki, anda perlu memaklumkan kepada doktor sebelum pendakian. Perubahan altitude dan tekanan mungkin memberi kesan sampingan.kepada ubatan yang di makan .

NOTA KHAS DARI PIHAK PENGUASA TAMAN SABAH
Adalah disarankan individu yang akan mendaki Gunung Kinabalu menjalankan pemeriksaan perubatan sebelum pendakian .Jika anda mempunya sejarah perubatan penyakit dibawah, anda amat tidak digalakkan peneruskan pendakian ini: Hypertension, Diabetes, Palpitation, Arthritis, Heart disease, severe anemia, Peptic ulcers, Epileptic fits, Obesity (overweight), Chronic asthma, Muscular cramps, Hepatitis (jaundice); atau penyakit lain yang akan memberi kesan kepada pendakian.
Pendakian Gunung Kinabalu merupakan pendakian sekali seumur hidup?bagi kebanyakkan orang, oleh itu persediaan rapi amatlah dituntut sebelum mendaki. Dengan mendapatkan maklumat lengkap dan jadual persedian yang sempurna, anda akan berpeluang cerah untuk mencapai kemuncak gunung.
Nota di atas di sampaikan oleh Pihak Berkuasa Taman Sabah.Anda dinasihatkan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh mereka untuk menghindarkan kemalangan atau anda di timpa sakit semasa di atas gunung

Persediaan kelengkapan Mendaki
Tempoh Gate ke Laban Rata (0800jam)
Pendakian dijalankan pada waku siang yang kebiasanya panas dengan pancaran cahaya matahari, jadi pakaian yang ringkas seperti t-shirts berseluar pendek sudah memadai.
Track bottom pun sesuai juga
Cap/hat. (jika memerlukan)
Sun-glasses (jika memerlukan)
Baju hujan, persediaan jika hujan.gunakan jenis pakai buang bagi meringankan beban.Boleh di dapati di Kinabalu Park.
Kasut yang sesuai.memakai kasut jenis抙igh cut抦ampu melindungi buku lali daripada cedera.Kasut sukan sudah memadai.
Sandal atau selipar.Setengah pendaki hanya memakai sandal dengan stokin tebal di peringkat pendakian ini. Ia juga boleh digunakan semasa di hostel di Gunting Lagadan, Laban Rata
Krim Penahan Cahaya Matahari
Tuala Muka.
Botol air mineral 1 liter.Botol ini boleh digunakan untuk mengisi air di seiap pondok perhentian
Kertas tisu
Makanan bertenaga yang mudah dibawa, seperti - raisins, chocolate, kacang, energy bars, glucose and some oral rehydration salts.
Disyorkan membawa makanan segera, seperti ?maggi mee,makanan dalam tin dan juga kopi,teh dan roti bagi menjimatkan perbelanjaan di Laban Rata.
Beg plastik
Ubat penangkis seranggga
Ubat-Ubatan(Sila rujuk pakar perubatan)
Pouch Bag.Berguna semasa pendakian peringkat kedua
Bag sandang.Disyorkan gunakan bag yang kalis air hujan.Jika tidak bungkus pakaian anda didalam bag palstik sebelum dimasukkan kedalam bag sandang.Limitkan berat barangan yang akan dibawa mendaki hanya kurang dari 10kg.jangan menyiksa diri dengan mengangkat beban yang berat
Kamera untuk gambar atau video.Jangan lupa bateri tambahan,memori card atau negetif filem.Di Laban Rata Mahal
Tongkat, boleh didapati di Timpohon Gate(kepada yang memerlukan sahaja)
Tuala,berus gigi,ubat gigi serta sabun.

Nasihat Perubatan Kepada Pendaki
Setelah anda menyiapkan diri dengan kesihatan dan kekuatan tubuh badan sebelum mendaki, anda perlu juga menyediakan sebarang ubat melawan penyakit semasa pendakian.Kebiasanya kebanyakan pendaki menghadapi masalah dengan kesan acute gunung(Acute Mountain Sickness), kecederaan buku lali, lutut,anggota badan melecur dan sakit perut(kesan dari air gunung yang tak bertapis). Adalah di nasihatkan anda membawa bersama Kit perubatan sendiri.

Penyakit Perubahan Altitude
Gunung Kinabalu di kategorikan sebagai gunung beraltitude tinggi(12,000 - 18,000 feet [3,658 - 5,487 meters) , jadi risiko anda mendapat altitude sickness atau acute mountain sickness?(AMS) sentiasa ada..Laban Rata adalah tempat dimana anda akan berehat untuk satu malam sebelum meneruskan perjalanan ke Low抯 Peak pada ketinggian(8,000 - 12,000 feet [2,438 - 3,658 meters]) bagi membiasakan diri dengan tekanan tanah tinggi. Anda perlu berhati dengan perubahan pada diri anda, kerana bukan semua orang akan mendapat kesan yang sama.Bagi anda yang belum pernah berada di kedudukan altitude tinggi eloklah waspada..

Pada peringkat ketinggian 10,000 feet (3,048 meters), 75% daripada kita akan menerima kesan AMS yang sederhana (Laban Rata, 3,270 meters/10,728 feet). Kesan ringan AMS seperti sakit kepala,pening, tak mampu bernafas,tiada selera makan,susah tidur,rasa nak muntah,rasa khayal.Kesan AMS lebih dirasai pada sebelah malam.Jika anda mengalami gejala di atas, eloklah mengambil penadol/paracetamol atau ubat tahan sakit.Kebiasaannya kesan AMS ini dapat di atasi dengan memakan penadol.Tetapi jika kesan AMS ini masih ada setelah memakan ubatan di atas, elok lah anda tidak meneruskan perjalanan

Panduan Bagi Mencegah AMS:
Jika anda merasakan terkena kesan AMS, eloklah berhenti mendaki sehingga kesan tersebut stabil atau hilang. Selalu ingat, kesan AMS tak sama pada semua orang.Ada yang teruk ada yang biasa sahaja.
Banyakkan minum air kosong.Pendaki akan kehilangan banyak air semasa mendaki (sekurang2nya 3-4 quarts sehari). Warna urine sepatutnya cerah.
Adakan aktiviti ringan pada altitude ini, elakkan daripada banyak tidur.Kerana tidur akan mempercepatkan seseorang terkena AMS
Elakkan merokok atau pengambilan dadah serta ubat tidur.
Makan banyak karbohyidrat(nasi,roti)
Jika gejala AMS masih terasa eloklah turun kebawah

Dibawah ini di senaraikan ubat-ubatan yang perlu anda bawa:

Kotak Kecemasan Peribadi
Ubatan tahan sakit (paracetamol/PANADOL mencukupi.Ubatan tahan sakit yang kuat tidak digalakkan kerana ia memberi kesan sampingan kepada penyakit perubahan altitude
Ubatan merawat kulit melecur
Penahan loya/muntah
Anti- alahan(histamines)
Penahan cirit-birit(Imodium or other anti-Diarrhea tablets )
Plasters luka
Krim penahan matahari untuk kulit dan bibir
Penyokong lutut.
Paket garam rehidrat (oral rehydration salts)
Ubatan pelindung serangga DEET 



10 Tip Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja

Thursday, 28 August 2014 0 comments

- Kita perlu menyukai bos kita, setidak-tidaknya hormatilah beliau.

- Kita harus suka dan menghormati rakan-rakan sekerja yang lain.

- Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.

- Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.

- Senaraikan langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.

- Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.

- Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama.

- Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja. 

- Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.

- Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan.



Tips elak beg terlebih muatan

Wednesday, 27 August 2014 0 comments

Membawa barang yang banyak terutama ketika melancong dalam tempoh lama sememangnya perkara biasa.

Pasti banyak barang yang perlu di bawa bagi memenuhi segala keperluan sepanjang melancong.

Bagaimanapun, barang yang banyak menuntut anda membawa beg besar atau banyak sekali gus membuatkan ia terlebih muatan.

Bagi mengelakkan situasi itu, anda perlu memilih barangan yang dibawa benar-benar keperluan ketika melancong.

Ada juga situasi selepas mengemas didapati beg yang bakal dibawa besar dan sangat padat walaupun anda sudah meminimumkan barangan yang dibawa.
Perkara ini biasanya terjadi disebabkan cara penyusunan barang.
Oleh itu, tip mengemas beg secara praktikal ini mungkin boleh membantu anda sekali gus meringankan beg yang bakal dibawa.

* Pertama, ketika meletakkan pakaian dalam beg, gulung terlebih dulu pakaian itu. Selain dapat menjimatkan ruang, pakaian yang digulung juga dapat mengurangkan kedut pada baju anda.
Bagi pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, anda boleh menggulungnya sekecil mungkin.

* Kedua, letakkan barang yang paling berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan beg juga lebih seimbang. Kemudian diikuti dengan barangan lain.
Perlu diingat, untuk membawa barang seperti komputer riba atau kamera, pastikan anda meletakkannya terlebih dulu ke dalam bekas yang tahan lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian anda.

* Ketiga, jika membawa kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, pastikan anda membawanya dalam botol atau saiz yang kecil.
Selain dapat menjimatkan pemakaian, tentunya menjimatkan ruang dalam beg anda.

* Keempat, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih. Situasi itu berlaku jika anda bercuti di pulau atau kawasan pantai.
Justeru dengan adanya beg plastik, baju anda yang masih bersih boleh diselamatkan daripada kotor, basah atau berbau peluh.

* Kelima, asingkan barang yang amat penting seperti dompet atau pasport ke dalam beg kecil bagi memudahkan anda mengambilnya ketika diperlukan. Anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang berisi pakaian dan barangan lain.

* Keenam, jika membawa kasut lebih, bungkus saja ia dengan plastik supaya menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal pula, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal.
Pastikan juga ketika anda pergi dan pulang dari bercuti anda memakai pakaian yang mengambil ruang penyimpanan yang banyak atau berat seperti jaket dan seluar jeans.
Langkah itu boleh meringankan beban barangan yang dibawa ketika pergi melancong.




Tips berjimat apabila melancong

Monday, 25 August 2014 0 comments

Percutian atau melancong merupakan aktiviti untuk merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Untuk melancong mahupun pergi bercuti, anda perlulah melakukan pelbagai perancangan, termasuk persiapan belanjawan agar tidak berlaku pembaziran dan memastikan percutian anda berjalan dengan lancar. 
Perancangan kewangan yang rapi dan teliti sangat penting bagi mengelakkan kekusutan fikiran setelah pulang bercuti. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diamalkan jika anda merancang untuk melancong atau bercuti, tidak kira di dalam negeri mahupun di luar negara.

Menabung
Mempunyai tabungan yang mencukupi sangat penting untuk bercuti. Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung khas. Disiplinkan diri anda dan terus fokus pada perancangan anda.

Pakej promosi
Apabila memilih untuk bercuti di luar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Tanya ejen pelancongan tempatan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian anda diisi dengan aktiviti dan pemandangan yang memberikan kepuasan percutian yang maksimum. Biasanya menjelang musim sejuk, negara di Eropah giat mengadakan promosi pelancongan.

Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh percutian anda.
Buatlah pendaftaran di tempat yang akan anda kunjungi. Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

Bajet semasa bercuti
Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa anda bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan, dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan anda semasa bercuti, terutama jika anda bercuti di luar negara.
Apabila bercuti ke luar negara, anda juga haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan anda. Ini juga penting bagi mengelakkan anda tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli-belah.

Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian anda.

Bercuti bersama anak-anak
Jika bercuti bersama anak-anak, pastikan persiapan makanan dan kelengkapan mereka yang lain. Jika tempat yang ingin dituju menyediakan kelengkapan dan makanan yang bersesuaian untuk anak-anak anda, pastikan anda memasukkan keperluan perbelanjaan ini dalam anggaran perbelanjaan percutian anda. Jika anda lebih selesa untuk membawa semua kelengkapan anak-anak anda sendiri semasa bercuti, pastikan anda membawa kelengkapan yang secukupnya dan harus mempersiapkan diri dan minda anda untuk lebihan tenaga dan perhatian yang diperlukan untuk mengawasi bagasi yang banyak. Di sini, perancangan yang rapi juga memainkan peranan yang penting.

Peta
Sebaik sahaja anda sampai ke destinasi percutian anda, pastikan anda membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil beramai-ramai.

Sarapan percuma
Manfaatkan sarapan percuma yang disediakan oleh pihak hotel dan makan hingga kenyang. Jika anda bercuti di Eropah, makanan di sana adalah mahal. Dengan memanfaatkan sarapan yang disediakan di hotel, anda boleh mengurangkan lagi perbelanjaan anda.

Ole-ole/ buah tangan
Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang anda rancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak dan secara adil dan saksama.

Dana Kecemasan
Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian anda untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka seperti jatuh sakit dan memerlukan rawatan hospital. Dana ini juga membantu anda untuk menampung perbelanjaan anda sekiranya anda telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan anda.

Penggunaan wang tunai
Sebaik mungkin cuba gunakan wang tunai untuk membayar perbelanjaan, terutama apabila bercuti di luar negara. Anda akan dikenakan caj perkhidmatan atau faedah yang tinggi jika menggunakan kad kredit.



Percutian Berbaloi Untuk Anak-Anak

Sunday, 24 August 2014 0 comments

JIKA anda merancang percutian untuk keluarga terutama cuti sekolah yang bakal menjelang, apa kata memilih percutian di luar bandar - peluang untuk menikmati pengalaman baru yang tidak mudah ditemui di destinasi kota besar.
Sama ada ia merentas hutan belantara, menjelajah gua atau menyertai program kesedaran ekologi yang lain, pelancongan ´luar-bandar´ ini akan memberi anak-anak serta ibu bapa pendekatan yang lebih menyeluruh untuk meningkatkan pembelajaran dengan cara berdampingan dengan alam sekitar.
Menurut Pakar Kanak-Kanak, Dr Yong Junina Fadzil, pelancongan bukan saja untuk bercuti bagi kanak-kanak kerana ia memberikan mereka peluang untuk mengenali dunia nyata.
"Mereka berkesempatan untuk menyentuh, menghidu, merasa atau menikmati sesuatu. Ia memberi mereka peluang untuk mengembara persekitaran di luar alam rumah atau sekolah mereka," katanya.
Pengalaman sebenar, katanya, membantu untuk memupuk keinginan menimba ilmu dan ia boleh meningkatkan kadar kebijaksanaan serta daya kreatif kanak-kanak.

"Televisyen dan komputer hanya memberikan pembelajaran pasif manakala pengalaman nyata memupuk pembelajaran yang dinamik," katanya.
Ternyata pelancongan bagaikan pembelajaran yang tiada penghujungnya sama ada untuk kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Namun, ibu bapa harus membuat perancangan yang teratur untuk memastikan ia menjadi percutian yang menyeronokkan. Berikut panduan ringkas untuk menikmati percutian yang menggembirakan bersama keluarga:

* Pilih destinasi dan aktiviti yang sesuai
Ketahui topik terkini yang sedang dipelajari anak di sekolah dan cuba aturkan percutian bersesuaian. Cuba babitkan anak ketika membuat perancangan supaya seluruh pengembaraan menjadi lebih menyeronokkan.
Bincang dan dapatkan maklumat bersama supaya mereka tiada alasan untuk merungut kepada rakan mengenai percutian yang dianggap hanya idea ibu bapa mereka.
Anak juga perlu tahu batasan memilih destinasi dan aktiviti bersesuaian kerana sesetengah idea mereka mungkin tidak boleh diterima disebabkan kekurangan masa atau wang.

* Kenali destinasi terlebih dulu
Sediakan semua maklumat mengenai sesuatu tempat sebelum memulakan perjalanan dan jadikannya pengalaman interaktif antara ibu bapa dan anak.
Contohnya, jika menjelajah hutan rimba, bersedia untuk memberi penjelasan kepada anak mengenai jenis flora dan fauna yang bakal ditemui sepanjang jalan.

* Merancang atur cara perjalanan
Kanak-kanak mudah letih, oleh itu elakkan program perjalanan yang terlampau sibuk. Sebagai panduan, aturkan supaya terdapat keseimbangan antara masa aktiviti dengan masa berehat.
Jika mahu berjalan-jalan selama tiga jam, aturkan supaya ada masa rehat selama tiga jam.

* Berkemas awal
Elakkan berkemas pada saat terakhir kerana ia mendatangkan tekanan berlebihan. Apabila tarikh perjalanan sudah ditentukan, sediakan senarai dan mula mengemas.
Barangan yang akan membantu mengekalkan keadaan keluarga bersih dan sihat termasuk kain pembalut luka, ubat tahan sakit atau demam kanak-kanak, ubat nyamuk dan tisu lembap nyah-kuman.

* Utamakan keselamatan
Untuk anak-anak kecil, letakkan sekeping kad dengan nama, alamat dan nombor telefon bimbit ibu bapa atau penjaga ke dalam poket mereka.
Untuk kanak-kanak yang lebih tua, berikan mereka nombor hubungan ibu bapa atau penjaga serta nama hotel yang diduduki, sebagai persiapan jika mereka terpisah. Masukkan sekali gambar terkini mereka.
* Sediakan makanan dan minuman ringan.
Kanak-kanak yang lapar dan haus memang mudah meragam. Pastikan mereka makan sebelum perjalanan bermula dan minum banyak air sepanjang perjalanan.

* Berhenti untuk ke bilik air
Dalam hutan rimba, kadangkala bilik air sukar didapati. Ketahui lokasi bilik air terdekat dan pastikan anak-anak kosongkan pundi kencing sebelum pengembaraan bermula.
Merancang percutian bersama keluarga kelihatan agak menyusahkan, tetapi sebelum membenarkan anak berdepan dengan televisyen atau menyertai kelas tuisyen tambahan, cuba pertimbangkan manfaat luar biasa yang boleh diperoleh daripada percutian di luar bandar yang mampu mendidik mereka, malah pengalaman sedemikian memang tiada bandingannya.
Percutian sedemikian boleh membina sikap ingin tahu. Anak-anak lazimnya akan
banyak menyoal dan harus disedari kanak-kanak yang mempunyai sikap ingin tahu yang kuat sememangnya anak yang bijak dan suka belajar perkara baru.
Ia juga boleh meningkatkan kebolehan menyesuaikan diri. Ketika bercuti, otak sentiasa cerdas supaya dapat menyesuaikan diri kepada perubahan pada saat akhir. Ini ternyata sikap yang cukup berguna ketika anak dewasa kelak apabila mereka berhadapan dengan masalah dalam kehidupan masing-masing.

Percutian juga mampu meningkatkan pengetahuan geografi. Mempelajari kebudayaan, ekonomi dan cara hidup masyarakat setempat lebih meninggalkan kesan daripada cuba menghafal fakta mengenai sesuatu lokasi.

Sedar atau tidak, percutian juga meningkatkan kefahaman diri. Seseorang yang mengalami tekanan biasanya akan menunjukkan belangnya. Tekanan daripada perubahan lokasi, cuaca, keletihan dan interaksi bersama orang lain akan membantu anak lebih memahami watak dan personalitinya sendiri.
Kanak-kanak yang menyedari mereka mempunyai kebolehan untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan yang mencabar, amat membina keyakinan diri mereka.
Mereka berpeluang melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh rakan lain, seterusnya membantu untuk meningkatkan lagi harga diri dan membantu dalam apa saja yang bakal dilakukan pada
masa hadapan.

Kaki melancong sering mengatakan bahasa tidak menjadi halangan. Mereka yang terdedah kepada kebudayaan, agama dan gaya kehidupan yang berlainan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain.
Lagipun, kita tidak perlu ke luar negara, memadai melawat negeri lain yang mempunyai loghat serta gaya hidup yang tersendiri di bumi Malaysia ini.

Source : Harian Metro – 1 September 2010



Bagaimana Melancong Lama Hanya Dengan Satu Beg

Friday, 22 August 2014 0 comments

APABILA bercuti, pastinya bilangan beg yang dibawa mencukupi. Jika percutian itu hanya dua atau tiga hari, satu beg memadai.
Bagaimana pula jika percutian itu mencecah seminggu atau dua minggu? Pasti beg yang akan dibawa lebih daripada satu.
Namun, dengan membawa bagasi lebih daripada satu ketika bercuti, ia pasti membuatkan percutian itu lebih rumit kerana perlu sentiasa menjaga beg-beg berkenaan.
Justeru, panduan ini mungkin dapat membantu anda yang akan melancong lama tetapi dengan hanya membawa satu beg pakaian.

* KONGSI BARANG
Apabila melancong dengan kumpulan, anda mungkin boleh berkongsi barang-barang mandian seperti sabun, syampu dan lain-lain bersama rakan. Ataupun mungkin boleh menggunakan barangan mandian yang disediakan di hotel penginapan anda.

* SUSUN RAPI PAKAIAN
Bagi menjimatkan ruang, lipat atau susun pakaian serta barang ke beg dengan kemas dan rapi. Dengan susunan yang betul, segala barang yang anda mahu bawa boleh dimuatkan dalam satu beg.

* BAWA PAKAIAN SENANG KERING
Ada sesetengah individu yang suka membawa baju lebih daripada yang diperlukan. Tabiat itu akan menyumbang kepada pertambahan beg ketika melancong.
Jadi, untuk menjimatkan ruang, bawalah baju yang cepat kering dan mudah untuk dibasuh. Ia boleh membolehkan anda memakainya berulang kali sepanjang bercuti. Membawa pakaian pakai buang juga boleh membantu.

* PILIH BEG YANG SESUAI
Pemilihan beg yang akan di bawa ketika bercuti turut memainkan peranan penting dan perlu mengikut kesesuaian destinasi yang dituju.
Jika percutian agak santai dan lama selain memerlukan anda sentiasa membawanya, beg galas jenis `backpacks´ adalah beg yang sesuai. Beg beroda juga sesuai bagi anda yang mungkin bekerja sambil bercuti serta tidak perlu membawa beg pakaian setiap kali keluar dari hotel.
Beg yang mempunyai banyak komponen juga sangat sesuai untuk anda yang mahu bercuti lama. Dengan komponen yang ada, pakaian yang dipakai boleh diasingkan supaya tidak berbau atau mungkin baju itu boleh pakai balik.

* BEG KHAS UNTUK DOKUMEN PENTING
Untuk tidak membebankan, menyimpan pasport atau dokumen penting dalam beg pakaian menjimatkan. Bagaimanapun, untuk keselamatan, adalah lebih baik anda membawa beg silang kecil untuk memasukkan pasport atau lain-lain dokumen penting.
Jangan lupa buat salinan beberapa dokumen penting kerana jika hilang, anda punya maklumat ketika membuat laporan polis.
Source : Harian Metro – 9 September 2010


Percutian Menyeronokkan Bersama Warga Emas

Wednesday, 20 August 2014 0 comments

MELUANGKAN masa berkualiti dengan melancong bersama warga tua tidak kira ibu bapa, nenek atau datuk pasti menyeronokkan dan semestinya meninggalkan kenangan terindah.
Ramai dalam kalangan kita yang jarang membawa warga tua melancong bersama disebabkan faktor usia dan kesihatan.
Justeru, beberapa perkara perlu dititikberatkan supaya percutian tidak mendatangkan masalah terutama kesihatan.
Tip melancong ini mungkin dapat membantu anda yang merancang membawa ibu, bapa, nenek atau datuk melancong ke destinasi percutian pilihan.

1) Bawa bekalan ubat-ubatan. Ia perkara paling penting dan perlu diberi keutamaan kerana bekalan ubat-ubatan mencukupi berupaya mengatasi masalah kesihatan jika berlaku.
Adakalanya, ubat yang digunakan warga tua tidak sama dengan lokasi dilawati. Persediaan awal dapat mengelakkan sebarang kemungkinan.
Pastikan juga ubat yang dibawa dilengkapi label bagi mengelakkan kekeliruan terutama apabila diserang sakit.

2) Jagalah pemakanan, bagi mengelakkan diserang penyakit yang tidak diduga.

3) Elak perut kosong. Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu kesihatan anda.

4) Rehat secukupnya. Rehat secukupnya di setiap perhentian amat penting supaya segar semula.
Bagaimanapun, warga tua memerlukan lebih banyak rehat berbanding individu lain.

5) Kerap minum air untuk mengelak berlaku penyahhidratan (dehydration) apabila cuaca panas.

6) Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan berlakunya pertukaran cuaca di lokasi percutian. Ia bagi mengelakkan terkena penyakit termasuk selesema kerana cuaca sejuk.

7) Bawa krim pelembap jika mempunyai alahan kulit.

8) Buat pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan perjalanan sekiranya mempunyai penyakit serius.


Melancong berkumpulan atau bersendirian?

Monday, 18 August 2014 0 comments

MELANCONG sendiri atau bersama rakan?
Ramai berpendapat, jika berjalan sendiri, anda lebih bebas, tetapi perlu sedia menghadapi masalah seorang diri.
Jika melancong bersama kawan, kebebasan anda terbatas. Namun, apabila timbul sesuatu masalah, anda ada tempat meminta bantuan.
Kebaikan bersama rakan:

* Sepanjang bercuti, anda punya peluang berkongsi semua pengalaman dan saat manis bersama rakan.

* Bercuti secara berkumpulan lebih seronok ketika makan. Ahli rombongan boleh berborak dan bergelak ketawa, pasti suasana tidak membosankan.

* Jika sakit, barang dicuri atau ada masalah lain, anda mempunyai rakan yang boleh membantu memberi semangat.

* Bercuti bersama rakan membuatkan percutian anda lebih mudah dan banyak manfaat.
Misalnya, jika haus ada rakan yang boleh mencarikan minuman, menjaga beg jika ke tandas atau membantu anda ketika sakit atau tidak larat beratur membeli tiket.

* Kos percutian menjadi lebih murah jika bercuti bersama rakan kerana anda boleh berkongsi bayaran bilik atau makan.

* Bagi wanita, bercuti bersama rakan adalah lebih baik terutama ketika bercuti di negara yang didominasi lelaki.
Kelemahan bersama rakan:

* Sangat melecehkan ketika membayar sesuatu seperti makan. Si A atau B makan apa, berapa harganya dan berapa bakinya.

* Akan sentiasa berjalan bersama ke mana saja dan dengan itu, kebebasan anda terbatas.

* Jika berhadapan dengan masalah, sangat mudah untuk menyalahkan satu sama lain.

* Anda tidak punya waktu yang boleh dinikmati sendirian kerana rakan anda boleh saja mengajak anda berborak.

Source : Harian Metro – 1 July 2010


Pastikan Beg Tidak Hilang

Saturday, 16 August 2014 0 comments


KEHILANGAN beg ketika melancong sememangnya sangat menyakitkan hati, membuat tidak tenteram sekali gus boleh mengundang kemarahan.
Justeru, tip kali ini mungkin boleh membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.

* Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau ´padlock´ supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.

* Mendaftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.

* Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul kepada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tapi ia untuk kebaikan anda juga.

* Buang segala pelekat atau tag lama yang ada pada beg anda kerana ia boleh mengundang kekeliruan.

* Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di trangan tuntutan bagasi.

* Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir.

* Ambil beg anda sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas ´carousel´ sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di dalam lapangan terbang.


Source : Harian Metro – 7 October 2010

Pakej Bandung Murah!! Pilih apa yang anda perlukan...

Friday, 15 August 2014 0 comments

Jom shopping sakan di Bandung, tempah sekarang!! Promosi berakhir 31 August 2014



Melancong Pada Musim Cuti Sekolah

0 comments



1.
Cari Tarikh Yang Sesuai - semak tarikh tersebut beberapa kali dan pastikan anda dan keluarga anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti lain, sebaiknya tarikh ditentukan 3 bulan sebelum pergi bercuti.

2.
Anggaran Budget Percutian - sebagaimana yang anda maklum, apabila tiba cuti sekolah harga-harga seperti hotel, tiket, pengangkutan dan lain-lain akan menjadi lebih mahal.  Adakalanya ianya akan ada kenaikan sehingga 20% - 40% dari kadar biasa.  Musim cuti sekolah merupakan "peak season" @ "high season" dimana anda memerlukan budget mengikut harga semasa musim cuti.  Ini bermakna anggaran budget anda perlulah lebih dari anggaran waktu lain.

3.
Pilih Lokasi  - dari Perlis sampai ke Sabah, dari dasar laut hingga ke atas gunung.  Malaysia mempunyai pelbagai destinasi menarik.  Rancang dengan keluarga anda percutian bagaimana yang anda inginkan dan sesuaikan dengan keadaan keluarga anda.  Sebagai contohnya adalah kurang sesuai bercuti ke Taman Negara sekiranya anda membawa bayi.  Percutian perkhemahan atau ke pulau-pulau yang memerlukan pengangkutan bot pula sesuai sekiranya anda bercuti bersama anak-anak yang telah memasuki alam persekolahan.  Pastikan juga lokasi pilihan anda sesuai dengan musim @ keadaan cuaca.  Contohnya pulau-pulau disekitar pantai timur tidak sesuai dilawati pada musim tengkujuh iaitu sekitar bulan November ke bulan Februari.

4.
Persediaan awal - buatlah tempahan awal seperti tempahan hotel @ penerbangan.  Ini kerana biasanya syarikat penerbangan Air Asia dan Mas menawarkan harga-harga yang sangat menarik sekiranya anda menempah awal.  Sekiranya anda ingin bercuti pada hujung tahun, rancanglah percutian anda di awal tahun.  Anda juga boleh membeli pakej-pakej percutian dari syarikat-syarikat pelancongan supaya percutian anda lebih terancang dan teratur.

Tips Melancong

Thursday, 14 August 2014 0 comments

1. Survey - Lakukan survey terlebih dahulu. Survey harga tiket pengangkutan, tempat yang ingin dilawati dan rancang percutian terlebih dulu. Pada hari minggu kebanyakan pusat peranginan dan tempat tumpuan pelancong  akan sesak dan menyebabkan  ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan pula lebih mahal dari hari-hari biasa. Jika anda pergi melancong selama 4 hari 3 malam contohnya, sediakan jadual perjalanan dari hari pertama sehingga hari terakhir.


2. Checklist - Jangan lupa sediakan checklist supaya tiada barang yang tertinggal.

3. Promosi/Pakej - Apabila memilih untuk bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan.  Selain itu menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal lebih baik bagi mendapatkan harga yang murah.

4. Wang Tunai - Pastikan wang yang cukup disediakan. Kadang-kadang tempat yang ingin kita lawati tiada mesin ATM atau pengurup wang. Jadi sediakan wang tunai yang mencukupi yang boleh anda gunakan di waktu kecemasan. Pastikan wang diletakkan di dalam tempat yang selamat dan elakkan meletak wang yang banyak atau dompet di bahagian yang mudah dicapai penyeluk saku.

5. Dokumen - Pastikan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang, cek kembara dibawa bersama. Datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.

6. Kongsi barang- Jika bercuti bersama kawan-kawan di dalam kumpulan adalah satu tindakkan biijak dengan berkongsi sahaja barangan keperluan asas seperti mandian, syampu, ubat gigi ataupun boleh menggunakan apa yang telah dibekalkan oleh pihak hotel.

7. Kurangkan pakaian - Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan destinasi yang  hendak dituju. Sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih.

8. Beg pakaian  - Pastikan beg yang anda bawa selesa untuk digunakan dan tidak menyusahkan anda. Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau ´padlock´ supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.

9. Barang kemas - Elakkan memakai barang kemas sewaktu melancong.

10. Peta- Pastikan anda mencetak terlebih dahulu atau membeli peta tempat yang ingin anda lawati. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.

11. Cenderahati - dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli cenderamata secara berlebihan.Memang kadang-kadang kita jadi rambang mata tetapi jangan sampai rabak pula poket anda. Nanti menyesal pula.

12. Makanan- Pastikan tempat makanan yang anda pilih halal dan bersih. Jika anda melancong ke luar negara, bawa bekal makanan halal dan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin, biskut, air minuman 3 in 1 dan lain-lain.

13. Rancang - Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.

14. Agensi pelancongan - Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu dan membuang masa.

15. Cari Tarikh Yang Sesuai - Semak tarikh tersebut beberapa kali dan pastikan anda dan keluarga anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti lain, sebaiknya tarikh ditentukan 3 bulan sebelum pergi bercuti.

16. Pengangkutan - Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.


Tiket Universal Studio Singapore Murah!!! Promo Promo Promosi

Monday, 11 August 2014 0 comments

TIKET UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE MURAH! PROMOSI TERKINI!!

Dewasa: RM 178 / Seorang
Kanak-kanak: RM 138 / Seorang (4-12 tahun)

**Free SGD 5 Meal Voucher & SGD 5 Retail Voucher (Dewasa sahaja)
Hubungi Safia 019-7600 931 untuk penempahan

TIPS
*Terdapat banyak restaurant makanan halal di sini dan surau disediakan, jadi anda tidak perlu risau ketika berada disini
*Elakkan pergi ketika cuti umum kerana anda akan berasa rugi tidak dapat merasai menaiki semua permainan
*Air bersih boleh refill di sini
*Ambil brochure / map sebagai guide anda dan rancang masa anda untuk lihat showtime


Admin belanja gambar dulu pada anda yang ada plan nak ke Universal Studio Singapore
Boleh layari facebook kami untuk gambar-gambar yang lain www.facebook.com/mycentrioholiday
Dan juga website kami www.mycentrio-holidays.com

Melihat persembahan Penguin of Madagascar

Bergambar kenangan dengan Kung Fu Panda

Merasai pengalaman seperti di dalam filerm Shrek dan bertemu watak-watak kesayangan

Berjumpa dengan binatang prasejarah dalam filerm Jurassic Park

Universal Studio Singapore

Watak baru Universal Studio Singapore.... Minion!!!




Visa Perlu ke Tidak bagi warganegara Malaysia ke luar negara?

Thursday, 7 August 2014 0 comments

Visa adalah sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang memberikan seseorang (warganegara asing) izin untuk masuk ke negara tersebut dalam suatu tempoh waktu dan tujuan tertentu. Tempoh visa adalah terhad, ini bermakna rakyat asing tidak boleh tinggal di negara tersebut selepas tamat tempoh yang diberikan.
Kebanyakan negara memerlukan visa asli untuk dapat masuk bagi warga negara asing, meskipun ada cara lain. Visa biasanya dicop atau ditampal di pasport penerima, namun ada juga yang diberikan sebagai sekeping kertas.
Biasanya visa perlu dipohon melalui duta negara yang terdapat di negara masing-masing. 
Sekarang ni dunia internet, ada juga yang menggunakan internet untuk mendapatkan Visa.

Warganegara Malaysia yang bercadang untuk melawat ke luar negara dinasihatkan agar mendapatkan maklumat tentang visa bagi keperluan negara yang hendak dilawati. Maklumat boleh diperolehi daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan dan Konsulat negara tersebut. Keperluan visa berbeza bergantung kepada tujuan dan tempoh lawatan. Syarat-syarat juga mungkin akan berubah dari masa kesemasa dan kadangkala dalam tempoh yang singkat.



Selain dari visa, adalah juga penting untuk mengambil perhatian perkara-perkara berikut:-
Tempat dan negara yang akan dilawati adalah selamat.
Tempoh sahlaku passport melebihi enam (6) bulan dari tarikh lawatan dibuat.
Pasport/dokumen pengenalan siri serta nama, nombor telefon dan alamat waris ada dan disimpan dengan selamat di sepanjang tempoh lawatan.
Sebaik sahaja tiba di negara yang dituju, untuk warganegara Malaysia yang akan tinggal melebihi tiga (3) bulan di negara asing diperlukan mendaftar di pejabat Perwakilan yang terdekat di negara berkenaan. Pendaftaran boleh dibuat melalui telefon, fax, e-mel atau datang sendiri ke Pejabat Perwakilan.
Untuk negara-negara tertentu, yang memerlukan para pelawat memperolehi Sijil Inokulasi Antarabangsa yang disahkan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia. Buat masa ini, hanya vaksinasi bagi penyakit kuning (yellow fever) sahaja yang diperlukan. Terdapat juga negara-negara lain yang memerlukan sijil vaksinasi penyakit-penyakit lain.
Untuk menyemak maklumat mengenai kemungkinan berlakunya wabak-wabak di negara asing dan garis panduan untuk urusan inokulasi, sila hubungi :

Bahagian Kawalan Penyakit (Unit Kesihatan Anatarabangsa
Kementerian Kesihatan Malaysia
Blok E, Jalan Dungun
Bukit Damansara
50490 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2540088
Faks: 03-2525667

Layari laman web Imigresen Malaysia untuk maklumat lanjut. web : www.imi.gov.my

NEGARA TAK PERLU VISA

AFRIKA
Algeria               3 bulan
Botswana           90 hari
Egypt                 15 hari
Kenya                 30 Hari
Lesotho              90 hari
Malawi                90 hari
Mauritus            180 hari
Moyotte             30 bulan
Namibia              3 bulan
Reunion              3 bulan
Saint Helena       3 bulan
Seychelles          1 bulan
South Africa       30 hari
Swaziland           60 hari
Tunisia               3 bulan
Zambia               90 hari
Zimbabwe          3 bulan
Libya

AMERIKA
Anguilla 3 bulan
Antigua and Barbuda       1 bulan
Argentina                        1 bulan
Aruba                              90 hari
Bahamas                          3 bulan
Barbados                         6 bulan
Belize                              1 bulan
Bermuda                          6 bulan
British Virgin Islands        30 hari
Carribbean Netherlands               90 hari
Cayman Islands                            6 bulan
Chile                                 30 hari  
Colombia                           180 hari
Cuba                                 90 hari
Curacao                             3 bulan
Dominica                           6 bulan
Ecuador                             90 hari
El Savador                         90 hari
French Guiana                   3 bulan
Greenland                         90 hari
Grenada                             3 bulan
Guadaloupe                       3 bulan
Guatemala                         90 hari
Haiti                                   3 bulan
Honduras                           3 bulan
Jamaica                             Visa free access
Martinique                        3 bulan
Mexico                              180 hari
Montserrat                        6 bulan
Nicaragua                          90 hari
Panama                             180 hari
Peru                                  183 hari
Saint Barthelemy              3 bulan
Saint Kitts and Nevis        3 bulan
Saint Martin                                                90 hari
Saint Pierre and Miquelon                           3 bulan
Saint Vincent and the Grenadines              1 bulan
Sint Maarten                                               3 bulan
Suriname                                                     30 hari
Trinidad and Tobago                                   visa free access
Turks and Caicos Islands                             30 hari
Venezuela                                                    90 Hari

ASIA
Brunei Darussalam           30 hari
Cambodia                        30 hari
Georgia 360 hari
Hong Kong                         90 hari
Indonesia                           30 hari
Japan                                   90 hari
Kazakhstan                         15 hari
Kyrgyzstan                          60 hari
Laos                                     30 hari
Macau                                 30 hari
Mongolia                            30 hari
North Korea (Mesti ada surat kebenaran untuk melancong issued by travel company North Korea
Filifina                                 30 hari
Singapore                           30 hari
Taiwan                                30 hari
Thailand                              30 hari
Turkey                                 90 hari
Vietnam                              30 hari
South Korea
Iraq
Syria


EUROPE
Schengen Area: 90 days per half-year
-Austria
-Belgium
-Czech
-Denmark
-Estonia
-Finland
-France
-Germany
-Greece
-Hungary
-Iceland
-Italy
-Latvia
-Lithuania
-Luxembourg
-Liechtenstein
-Malta
-Netherlands
-Norway
-Poland
-Portugal
-Slovakia
-Slovenia
-Spain
-Sweden
-Switzerland

Albania                                90 hari
Andorra                               90 hari
Bosnia and Herzegovina      90 hari
Bulgaria                               90 hari
Croatia                                90 hari
Cyprus                                 90 hari
Faroe Islands                       90 hari
Gibraltar                              visa free access
Ireland                                 3 bulan
Kosovo                                90 hari
Macedonia                          30 hari
Moldova                              90 hari
Monaco                               3 bulan
Montenegero                      90 hari
Romania                              90 hari
San Marino                          90 hari
UK                                       6 bulan
Vatican City                        90 hari

OCEANIA
Cook Island                                               31 hari
Federeted States of Micronesia               30 hari
Fiji                                                            4 bulan
French Polynesia                                      3 bulan per half year
French Southern and Antartic Lands        90 hari
Guam                                                       45 hari
Kiribati                                                    30 hari
New Caledonia                      3 bulan per half year
New Zealand                         3 bulan
Niue                                      30 hari
Northern Mariana Islands      45 hari
Pitcairn Islands                      14 hari
Samoa                                    60 hari
Tonga                                   31 hari
Vanuatu                               30 hari
Wallis and Futuna                 90 hari


Libya


NEGARA PERLU VISA ON ARRIVAL

AFRIKA
Burundi
Cape Verde
Comoros
Djibouti
Guinea-Bissau
Madagascar
Mali
Mozambique
Senegal
Sudan
Tanzania
Togo
Uganda

AMERIKA
Bolivia
Dominican Republic
Guyana
Saint Lucia

ASIA
Armenia
Bahrain
Bangladesh
Iran (free)
Jordan
Kuwait
Lebanon (free)
Maldives (free)
Myanmar
Nepal
Oman
Qatar
Tajikistan
Timor-Leste
United Arab Emirates (free)
Yemen (free)      

OCEANIA
Nauru (free)
Palau
Solomon Islands              
Tokelau (1 bulan permit pelancong diperoleh di Apiam Samoa (free)
Tuvalu   



NEGARA PERLU VISA SEBELUM BERTOLAK

AFRIKA
Sao Tome and Principe
Rwanda

AMERIKA
USA

ASIA
Sri Lanka (ETA)
Myanmar
China
Uzbekistan
India
Pakistan
Bangladesh
Bhutan
Nepal

OCEANIA
Australia (ETA)
Norfolk Island (ETA)




**ETA (Electronic Travel Authority) perlu dimohon online. 



Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises