Bagaimana mendapatkan Pakej Percutian Bajet: Tips jimat

Wednesday, 19 November 2014

Hi semua!!
Di sini kami akan kongsi cara untuk mendapatkan atau merancang percutian anda. 
Jika anda ingin ke luar negara, perkara PERTAMA yang anda perlu fikirkan adalah tiket penerbangan. Tetapi sebelum itu perlu lah semak sama ada nama anda blacklist atau tidak. Hancur lebur perancangan percutian anda bila sudah berada di airport, tetapi tidak dibenarkan masuk. 

Anda boleh cek di sini http://sspi2.imi.gov.my/

KEDUA, No kad pengenalan / Passport (pastikan ada tempoh sah lebih 6 bulan dari tarikh bertolak). Untuk penempahan penerbangan, kebanyakannya memerlukan passport, tetapi bagi Airasia, anda hanya perlukan Nama anda dan tarikh lahir bagi warganegara Malaysia sahaja. 

Untuk pembayaran boleh melalui kad kredit, debit kad & online banking. 

KETIGA, tarikh. Penting bagi mendapatkan tiket dengan harga yang murah. Seelok-elok nya minima 3 bulan sebelum bertolak. Biasanya Airasia / penerbangan lain membuat promosi tiket murah. 
Elakkan tarikh pada cuti umum & cuti sekolah, kebiasaannya susah untuk dapat harga promo. 


Di bawah adalah contoh-contoh promo Airasia

BANDA ACEH

BEIJING

SEOUL

PADANG

LAIN-LAIN

LAIN-LAIN

LAIN-LAIN

LAIN-LAIN

LAIN-LAIN

KEEMPAT, pakej "ground". Pakej yang termasuk hotel, pengangkutan, tiket lawatan dan makan. Anda dinasihatkan tempah lebih awal untuk mendapatkan harga promosi yang ditawarkan dari kami.  

KELIMA, bagi Airasia, bagasi belum termasuk dan hanya menawarkan 7kg percuma pada penumpang. Untuk lebih jimat, tidak perlu membawa barang yang banyak semasa pergi. Dan beli bagasi secukupnya untuk tarikh pulang. 
Contohnya jika ada 7 orang dalam 1 tempahan, anda boleh beli 20 kg bagasi untuk 3 orang semasa pergi. Dan 20 kg bagasi untuk 5 orang semasa pulang. (Perlulah tambah sekurang-kurangnya 2-3 hari sebelum bertolak). Jimat bukan?

Jika anda menaiki Malindo Air ataupun Malaysia Airlines, tidak perlu risau pasal bagasi. 

KEENAM, tukar matawang jika anda ke luar negara secukupnya :)

KETUJUH, pergi bercuti :) tapi sebelum tu, boleh cek tips packing beg di tips packing
dan di sini


**Anda juga boleh meminta kami menguruskan pembelian tiket penerbangan anda. 



Terima kasih :)



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises