![]() |
Tarian Barong |
![]() |
Gunung Batu |
![]() |
Pantai Bali |
Antara Destinasi Menarik di BALI
1. TANAH LOT
Terletak kira-kira 20km dari Denpasar merupakan ikon kebanggaan Bali. Kuil dari abad ke-15. Dibina pada kawasan tepi laut berbatu yang mempunyai pemandangan yang indah ketika matahari terbenam. Juga sering dipanggil Kuil Terapung.
Waktu operasi: 7 pagi-7 malam
2. SUKAWATI ART MARKET
Mempunyai banyak jenis seni Bali, kraftangan dan cenderamata di pasar yang meriah ini. Akan ada pelbagai jenis pilihan kerana setiap jenis barang mempunyai sesuatu yang istimewa untuk ditawarkan.
3. PANTAI KUTA
Pantai Kuta, pantai terbesar di Bali dan biasanya sesak dipenuhi dengan pelancong. Di sini juga, peniaga menjual segala-galanya dari makanan ringan hingga perkhidmatan urut kaki.
4. LEGIAN STREET
Jalan yang terkenal mempunyai pasar, barangan berjenama, bar, kafe dan kedai makan.
5. KUIL PURA LUHUR ULUWATU
Selain daripada menjadi tempat melepak terkenal di kalangan monyet, kuil ini mempaperkan tarian Kecak pada waktu petang. Gabungan alam semula jadi, sejarah dan budaya yang tiada tandingan.
6. UBUD
Sebuah bandar seni. Anda boleh cuba membuat kraftangan anda sendiri. Melawat Muzium Seni dan berjalan-jalan sekitar kedai-kedai dan kafe.
7. KINTAMANI
Terletak di bahagian Utara Bali Timut di Gunung Batur Caldera di kawasan tanah tinggi yang sentiasa sejuk dan berangin. Pemandangan yang indah meliputi gunung berapi yang tidak aktif dan kuil Uluwatu.
8. LOVINA
Ingin menonton telatah comel ikan lumba-lumba? Jadi anda perlu menuju ke Utara untuk Lovina, di mana banyal pantai dan laut yang tidak sesak dengan pelancong. Anda juga boleh mencuba Air Banjar Hot Springs.
9. PANTAI TANJUNG BENOA
Terkenal dengan aktiviti air seperti Banana Boat, Jet Ski, Parasailing, Flying Fish, Snorkeling dan Diving.
10. KAMPUNG BATUBULAN
Sebuah perkampungan seni. Terkenal dengan tarian Barong (pertempuran antara jahat dan baik), seni patung dan sebagainya.
11. NUSA DUA
Nusa Dua terkenal dengan penginapan mewah, Golf resort dan makanan yang baik. Meluncur dan menyelam adalah aktiviti yang terkenal. Pelbagai spa, galeri dan butik menanti mereka yang suka aktiviti santai.
12. BEDUGUL
Bedugul mempunyai cuaca gunung kerana lokasinya pada ketinggian kira-kira 1,500 meter di atas paras laut. Tempat menarik seperti Kuil Taman Ayun, Kampung Mengwi, Kuil Ulundanu dan Tasik Beratan.
![]() |
Kuil Ulundanu |
![]() |
Kuil Taman Ayun |
0 comments:
Post a Comment