4 Hari 3 Malam Medan Lake Toba

Sunday, 20 July 2014

Harga Ground bermula dari RM 510 / Pax
Sila hubungi kami untuk pakej promosi terkini

Pakej termasuk
>Penginapan
>Pengangkutan
>3x Sarapan, 3x Makan tengahari, 3x makan malam
>Tiket Lawatan
>Tipping

Pakej tidak termasuk
~Tiket penerbangan: Harga dari RM 150-350++ / pax (pergi balik)
~Airport tax (perlu dibayar sendiri di Medan airport sebelum pulang ke Malaysia)

JADUAL PERJALANAN (1 malam Parapat, 1 malam Brastagi, 1 malam Medan)
HARI 1: KUALA LUMPUR - MEDAN - TEBING TINGGI - PARAPAT (MT/MM)
Sampai di Medan dan makan tengahari. Teruskan perjalanan ke Parapat (Tasik Toba). Nikmati pemandangan sepanjang perjalanan (pokok kelapa sawit, Ladang Koko, Sawah Padi dan lain-lain). Singgah di Permatang Siantar untuk membeli barangan tempatan: Ting Ting, Teng Teng, Keropok/Jajan. Check in hotel dan makan malam di Parapat. Aktiviti bebas. 
Bermalam di Parapat 

HARI 2: PARAPAT - SAMOSIR - BRASTAGI (S,MT,MM)
Selepas sarapan, melawat Pulau Samosir (bot) - Kampung Tomok untuk melihat Makan Raja Sidabutar dan Kampung Ambarita untuk melihat kampung tradisional masyarakat Batak. Selepas makan tengahari, bertolak ke Brastagi dan melawat Simarjarunjung (tempat tertinggi di Tasik Toba), Rumah Panjang Batak/Rumah Bolon dan air terjun Sipiso Piso. Check in hotel dan makan malam. Aktiviti bebas. 
Bermalam di Brastagi


HARI 3: BRASTAGI - MEDAN (S,MT,MM)
Selepas sarapan, melawat Bukit Gundaling untuk melihat 2 gunung berapi aktif di Brastagi (Gunung Sibayak[2712 m] dan Gunung Sinabung [2417 m]), Pasar Buah. Bertolak ke Medan (2 jam). Selepas makan tengahari di Medan, melawat Istana Maimoon/Sultan Palace, Mesjid Raya/Grand Mosque dan shopping di Rumah Batik, Pusat Sulam, Medan Mall, Sun Plaza. Makan malam dan aktiviti bebas.
Bermalam di Medan

HARI 4: MEDAN (S)
Selepas sarapan. Aktiviti bebas. Semua peserta perlu berada di lapangan terbang 2-3 jam sebelum bertolak. 


S: Sarapan
MT: Makan tengahari
MM: Makan malam


019-7600 931 / 987 / 963 / 953 / 03-2242 4556 (call/sms/wechat/whatsapp)

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises