Sila hubungi kami untuk pakej promosi terkini
Pakej termasuk
>Penginapan
>Pengangkutan
>4x Sarapan, 3x Makan tengahari, 4x makan malam (Halal)
>4x Sarapan, 3x Makan tengahari, 4x makan malam (Halal)
>Tiket Lawatan
>Tipping
Pakej tidak termasuk
~Tiket penerbangan: Harga dari RM 300-600++ / pax (pergi balik)
JADUAL PERJALANAN
HARI 1: KUALA LUMPUR - HO CHI MINH (MM)
Sampai di Ho Chi Minh/Saigon, berjumpa dengan wakil kami dan bertolak ke hotel. Check in hotel. Melawat War Museum, Masjid Lamson, Notre Dame Cathedral, Old Post Office dan The People's Committee Hall. Makan malam dan aktiviti bebas.
HARI 2: HO CHI MINH - TEROWONG CU CHI (S,MT,MM)
Selepas sarapan, bertolak ke Cu Chi (1 jam 30 minit) dimana anda dapat merasai pengalaman berada di terowong bawah tanah yang panjangnya lebih 200km. Terowong ini digunakan untuk menjadi tempat perlindungan gerila semasa peperangan bersama Amerika. Pulang ke Ho Chi Minh dan makan tengahari. Bertolak ke Pantai Vung Tau (2 jam). Check in hotel dan berehat / beriadah di pantai. Makan malam dan aktiviti bebas.
HARI 3: VUNG TAU - HO CHI MINH (S,MT,MM)
Vung Tau mempunyai pantai yang luas. Bandar ini terletak di Selatan Vietnam, yang terletak di hujung semenanjung kecil. Ia secara tradisinya menjadi pelabuhan yang penting, terutamanya dalam tempoh pemerintahan Perancis. Hari ini, kepentingan bandar sebagai pelabuhan perkapalan telah berkurangan tapi masih memainkan peranan penting dalam industri minyak. Ia juga dikenali sebagai pulau bulan madu.
Selepas sarapan, anda bebas beranang. Selepas itu, melawat Summer Palace Emperor Bao Dai, Whale Temple dan pantai yang cantik. Bertolak balik ke Ho Chi Minh. Check in hotel dan aktiviti bebas.
HARI 4: HO CI MINH - SUNGAI MEKONG (My Tho) (S,MT,MM)
Selepas sarapan, perjalanan 2 jam ke My Tho melalui kawasan desa dan pemandangan sawah padi sepanjang perjalanan. Susudah sampai, menaiki bot melalui Sungai Mekong dan berhenti di Pulau Thoi Son untuk melawat Ladang Lebah, bengkel gula-gula kelapa dan merasa buah-buahan bermusim serta nikmati muzik tradisional di rumah masyarakan tempatan. Berjalan-jalan sekitar kampung untuk melihat cara hidup masyarakat tempatan membeli cenderahati. Kemudian, rasai pengalaman menaiki sampan menyusuri sungai. Kembali ke Ho Chi Minh selepas makan tengahari. Shopping di Binh Tay Market di China Town, Saigon Square dan Benh Thanh Market. Makan Malam dan aktiviti bebas.
HARI 5: HO CHI MINH (S,MT,MM)
Selepas sarapan, aktiviti bebas dan semua peserta akan dihantar ke airport.
**Hotel berdekatan dengan Benh Thanh Market
**Hotel berdekatan dengan Benh Thanh Market
S: Sarapan
MT: Makan tengahari
MM: Makan malam
019-7600 931 / 987 / 963 / 953 / 03-2242 4556 (call/sms/wechat/whatsapp)
0 comments:
Post a Comment