Jakarta dan Bandung terkenal dengan tempat membeli belah di kalangan rakyat Malaysia. Selain membeli belah, terdapat juga tempat-tempat menarik untuk di lawati.
MEMBELI BELAH (BANDUNG)
1. MEMBELI BELAH DI FACTORY OUTLET
Terdapat lebih 40 cawangan kilang di Jalan Riau dan Jalan Setiabudi Bandung! Yang mempunyai pelbagai jenama dan tempat membeli belah yang terkenal seperti Rumah Mode, Grande, Secret dan sebagainya.
2. PASAR BARU
Tempat membeli belah yang terkenal dikalangan rakyat Malaysia. Mempunyai 7 tingkat yang menjual barangan tempatan. Pelbagai produk daripada tekstil, pakaian, kasut, cenderamata, makanan dan barang hiasan. Kebanyakan harga barang boleh ditawar. Pasar Baru biasanya sesak sebaik saja dibuka pada pagi sehingga ditutup kira-kira 5 petang.
Aras bawah 1 & 2: Batik, pelikat, telekung
Aras 1: Telekung, kain ela, blouse
Aras 2: Telekung, kain ela, blouse
Aras 3: Blouse, baju, jeans, bahagian kanak-kanak, alat permainan dan tempahan baju
Aras 4: Blouse, baju, bahagian kanak-kanak dan tempahan baju
Aras 5: Beg tangan dan barangan kulit
Aras 6: Tempat makan dan beg tangan
Aras 7: Surau
Waktu operasi: 9 pagi-5 petang
3. PARIS VAN JAVA
Terletak di pusat kota Bandung yang menggabungkan senibina mediterranian dan kehijauan pohon semulajadi. Menawarkan pengalaman unik kombinasi membeli-belah, makan-makan, dan hiburan.
4. CIBADUYUT (PASAR KASUT & KULIT)
Jika anda peminat kasut dan barangan kulit jangan lepaskan peluang ke Pasar Cibaduyut. Pasar jualan kasut terbesar di dunia dan kebanyakan produk yang dijual adalah hasil kerja tangan masyarakat tempatan.
Waktu operasi: 9 pagi - 6.30 petang.
5. JALAN BRAGA
Mempunyai bangunan bersejarah zaman Belanda di Bandung. Suasana jalan ini hampir sama dengan zaman penjajahan kerana bangunan Art Deco lamanya kekal dengan cermin berwarna dan hiasan yang berusia ratusan tahun. Di sini, anda boleh membeli gambar lama dan gambar bersejarah yang dihasilkan pelukis tempatan.
6. JALAN DAGO
Tidak sah ke Bandung jika anda tidak ke Jalan Dago yang mempunyai kedai Factory Outlet terbanyak di Kota ini. Juga dikenali sebagai taman budaya kerana mempunyai 2 teater. Antara jenama pakaian yang terkenal di sini seperti Gucci, DKNY dan Gap untuk wanita serta Nike dan Timberland untuk lelaki. Antara outlet FOS yang terkenal di sini adalah Donatello, Blossom dan JetSet yang menawarkan pelbagai jenis pakaian moden.
Waktu Operasi: 9 pagi-9 malam
7. JALAN RIAU
Di sini anda akan menemui pelbagai kedai Factory Outlet dengan bangunan unik masing-masing. Ada yang menjual hanya kasut dan beg tangan dan ada yang jual hanya pakaian lelaki. Outlet yang terkenal seperti Heritage dan The Summit hinggalah ke Terminal Tas. Berbeza dengan Jalan Dago, di Jalan Riau ini terdapat pelbagai pakaian berjenama mewah seperti Versace dan Dior.
Waktu operasi: 10 pagi-9 malam
8. RUMAH MODE
Bagi yang suka membeli-belah, memang tidak sah ke Bandung jika tidak berkunjung ke Rumah Mode di Jalan Setiabudi. Menjual barangan berjenama antarabangsa seperti Boss, Armani dan Burberri. Terdapat juga restoran dan taman di sini.
Waktu operasi: 9 pagi-9 malam
MEMBELI BELAH (JAKARTA)
1. TANAH ABANG
Pasar tekstil yang terbesar di Asia. Terdapat pelbagai barang-barang seperti pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, pakain lelaki, kasut, beg, kain ela, lace, aksesori dan sebagainya untuk dibuat niaga.
2. MANGGA DUA
Sebuah pasar borong yang terbesar di Asia dan mempunyai beribu peniaga barangan berkualiti dengan harga yang murah. Pelbagai produk dari elektronil, baju, kasut, kosmetik, minyak wangi, komputer, beg tangan dan banyak lagi. 3 bahagian utama ialah Jakarta International Trade Centre Mangga Dua, Pasari Pagi Mangga Dua dan Mangga Dua Mall.
3. SARINAH WHOLESALE
Pusat membeli-belah tidak rasmi kebangsaan di Jakarta. Pusat beli-belah berhawa dingin pertama di Jakarta. Mempunyai pelbagai kraftangan untuk dijual seperti Batik, ukiran dan pelbagai kraftangan yang lain. Terdapat juga pakaian, kosmetik, barang kemas, peralatan rumah, hasil seni dan cenderamata.
TEMPAT MENARIK (BANDUNG)
1. TANGKUBAN PERAHU
Jika anda ingin mengetahui suasana berada di gunung berapi, anda wajib pergi ke gunung Tangkuban Perahu. Terletak 30 km (90 minit) dari pusat bandar, gunung berapi yang masih hidup tetapi kurang aktif ini merupakan tarikan paling terkenal.
Waktu operasi 7 pagi-5 petang.
***Sila pergi pada hari bekerja untuk dapatkan harga tiket murah
2. GEDUNG SATE
Walaupun anda bukan seorang peminat senibina, Gedung Sate menawarkan senibina yang menarik
3. JUANDA FOREST PARK
Penduduk tempatan memanggilnya 'Dago Pakar' dan ia adalah tempat yang mempunyai pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan.
4. KAWAH PUTIH
Terletak 47 km (2.5 jam) dari Kota Bandung adalah tasik semulajadi yang terhasil akibat letusan Gunung Berapi Patuha. Mempunyai air berwarna putih kehijauan dan dikelilingi tanah bercamput belerang. Anda tidak akan percaya mata anda kerana tasik sulfur dalam kawah ini di Gunung Patuha bertukar warna apabila terdapat perubahan suhu. Oleh kerana gas sulfur tidak baik untuk kesihatan, anda dinasihatkan tidak berada di sini melebihi 15 minit.
Waktu operasi: 7 pagi - 5 petang.
5. SAUNG ANGKLUNG UDJO
Mari memcuba 'Angklung', alat muzik yang diperbuat daripada buluh dan melibatkan diri dalam bengkel kraftangan, menikmati persembahan dan membawa pulang cenderahati
6. TEA GARDENS
Tempat ini begitu sejuk dan ia bukan hanya cuaca, anda sebenarnya boleh memetik daun teh dengan pemetik daun teh asli semasa musim menuai. Menikmati udara segar dan sejuk.
7. TRANS STUDIO BANDUNG
Adalah taman tema (Indoor) kedua terbesar di Indonesia selepas Makassar. Trans Studio Bandung lebih hebat dan menarik daripada Trans Studio Makassar, tetapi kedua-duanya mempunyai tarikan sendiri. Mempunyai 20 permainan dan pelbagai pertunjukan. Dibahagikan kepada 3 zon yang berbeza.
8. FLOATING MARKET
Pasar terapung ini bukan seperti pasar terapung yang biasanya anda jumpa menjual sayuran, buah-buahan.
Pasar Terapung Bandung menyediakan berbagai jenis jajan khas Sunda dan Jawa Barat.
Konsep pasar terapung yang menarik membuatkan pengunjung mahu berada di sini lebih lama dengan pemandangan Gunung Tangkuban Perahu yang sangat menyejukkan hati.
Di sekitar danau juga disediakan gazebo untuk anda bersantai.
9. SARI ATER HOTSPRING
Sari Ater Hotspring terletak di kawasan pergunungan Subang, di kaki Gunung Tangkuban Perahu.
Para pengunjung boleh berekreasi bersama keluarga dan selain daripada berendam, anda juga boleh berjalan sekitar perkebunan the yang menawan.
10. TAMAN SAFARI PUNCAK
Keunikan taman Safari ini ialah pengunjung boleh melihat haiwan-haiwan yang terdapat di taman secara dekat dari dalam kereta mereka. Selain melihat, pengunjung juga berpeluang memberi makan padan haiwan-haiwan ini.
11. DUSUN BAMBU (LEMBANG)
Dusun Bambu adalah tempat pelancongan yang terletak di kaki Gunung Burangrang Cisarua Lembang ini menyajikan kemudahan yang dilengkapi dengan restoren, villa dan lainnya. Anda boleh berbasikal sambil menikmati sejuknya udara pergunungan Lembang, dan jalan-jalan santai.
12. RUMAH HOBBIT, FARMHOUSE (LEMBANG)
Anda boleh melihat lokasi ala-ala filem "The Lord Of The Ring" di sini. Berada di kawasan Cikole, Lembang Kabupaten Bandung Barat, lokasinya cukup mengagumkan, bernama Grafika Cikole. Hobbiton adalah salah satu destinasi di New Zealand yang terletak di Matamata, North Island.
TEMPAT MENARIK (JAKARTA)
1. MASJID ISTIQLAL
Adalah masjid republik Indonesia yang bertempat di pusat ibukota Jakarta. Masjid terbesar di Asia Tenggara.
2. TAMAN MINI INDONESIA INDAH
Merupakan sebuah daerah taman pelancongan dengan tema budaya Indonesia bertempat di Jakarta Timur. Taman ini merupakan ringkasan kebudayaan bangsa Indonesia yang meliputi pelbagai aspek kehidupan sehari-hari masyarakat Indonesia. Selain itu TMNI juga menampilkan pelbagai tarian, busana dan tradisi daerah. Di tengah-tengah TMNI terletak sebuah danau yang mengambarkan replika mini kepulauan Indonesia di tengahnya.
3. KEPULAUAN SERIBU
Di kawasan ini terdapat sebuat daerah berbentuk taman nasional laut yang dinamakan Taman Nasional Laut Kepualau Seribu (TNKS)
4. TAMAN IMPIAN JAYA ANCOL
Adalah sebuat tempat pelancongan di Jakarta Utara. Taman Impian Jaya Ancol merupakan tempat komuniti moden kehidupan masyarakat sebagai simbol kebanggaan mereka. Menawarkan hiburan berkualiti yang berunsur seni, budaya dan pengetahuan.
5. MUZIUM LAYANGAN JAKARTA
Adalah sebuah muzium yang diuruskan swasta dengan koleksi layang-layang dari berbagai wilayah di Indonesia.
6. MUZIUM WAYANG
Muzum Wayang menampilkan berbagai bentuk dan jenis wayang dari seluruh Indonesia, baik yang diperbuat dari kulit dan kayu ataupun bahan-bahan lain. Wayang-wayang dari negara lain turut dipamerkan misalnya dari Cina dan Kemboja. Mempunyai lebih 4,000 buah wayang terdiri atas wayang kulit, wayang goleh, wayang kardus, wayang rumpur, wayang janur, topeng, boneka, wayang beber dan gamelan.
7. MONUMEN NASIONAL (MONAS)
Lebih dikenali dengan sebutan Monas atau Tugu Monas merupakan monumen peringatan setinggi 132 meter yang dibina untuk mengenang perlawanan dan perjuangan rakyat Indonesia dalam merebut kemerdekaan dari pemerintahan Kolonial Hinda Belanda.
8. KOTA TUA JAKARTA
Juga dikenali dengan sebutan Batavia Lama (Old Batavia) iaitu sebuah kawasan kecik di Jakarta.
9. GEDUNG FATAHILLAH
Muzium Fatahillah yang dikenali sebagai muzium Sejarah Jakarta atau Muzium Batavia. Mirip dengan Istana Dam di Amsterdam dan terdapat ruangan pejabat, makhamah dan ruang bawah tanah yang digunakan sebagai penjara.
10. CHINATOWN JAKARTA (GLODOK)
Merupakan salah satu bahagian dari kota lama Jakarta. Sejumlah warga Glodol adalah keturunan Tionghoa. Sekarang, Glodok dikenal sebagai salah satu pusat penjualan elektronik di Jakarta.