Melancong berkumpulan atau bersendirian?

Monday, 18 August 2014

MELANCONG sendiri atau bersama rakan?
Ramai berpendapat, jika berjalan sendiri, anda lebih bebas, tetapi perlu sedia menghadapi masalah seorang diri.
Jika melancong bersama kawan, kebebasan anda terbatas. Namun, apabila timbul sesuatu masalah, anda ada tempat meminta bantuan.
Kebaikan bersama rakan:

* Sepanjang bercuti, anda punya peluang berkongsi semua pengalaman dan saat manis bersama rakan.

* Bercuti secara berkumpulan lebih seronok ketika makan. Ahli rombongan boleh berborak dan bergelak ketawa, pasti suasana tidak membosankan.

* Jika sakit, barang dicuri atau ada masalah lain, anda mempunyai rakan yang boleh membantu memberi semangat.

* Bercuti bersama rakan membuatkan percutian anda lebih mudah dan banyak manfaat.
Misalnya, jika haus ada rakan yang boleh mencarikan minuman, menjaga beg jika ke tandas atau membantu anda ketika sakit atau tidak larat beratur membeli tiket.

* Kos percutian menjadi lebih murah jika bercuti bersama rakan kerana anda boleh berkongsi bayaran bilik atau makan.

* Bagi wanita, bercuti bersama rakan adalah lebih baik terutama ketika bercuti di negara yang didominasi lelaki.
Kelemahan bersama rakan:

* Sangat melecehkan ketika membayar sesuatu seperti makan. Si A atau B makan apa, berapa harganya dan berapa bakinya.

* Akan sentiasa berjalan bersama ke mana saja dan dengan itu, kebebasan anda terbatas.

* Jika berhadapan dengan masalah, sangat mudah untuk menyalahkan satu sama lain.

* Anda tidak punya waktu yang boleh dinikmati sendirian kerana rakan anda boleh saja mengajak anda berborak.

Source : Harian Metro – 1 July 2010


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises