Pastikan Beg Tidak Hilang

Saturday, 16 August 2014


KEHILANGAN beg ketika melancong sememangnya sangat menyakitkan hati, membuat tidak tenteram sekali gus boleh mengundang kemarahan.
Justeru, tip kali ini mungkin boleh membantu bagi memastikan beg anda tidak hilang.

* Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau ´padlock´ supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.

* Mendaftar masuk penerbangan seawal mungkin juga mampu memastikan beg tidak hilang. Ini kerana dengan mendaftar masuk awal, anda punya cukup masa untuk memasukkan barang ke dalam pesawat.

* Semak dengan pembantu penerbangan supaya dia melekatkan tag destinasi yang betul kepada beg anda. Mungkin nampak terlalu cerewet tapi ia untuk kebaikan anda juga.

* Buang segala pelekat atau tag lama yang ada pada beg anda kerana ia boleh mengundang kekeliruan.

* Ikat reben atau pelekat dengan warna yang cerah pada beg anda untuk memudahkan anda mengenali beg terutama di trangan tuntutan bagasi.

* Jika anda mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, maklumkan kepada pembantu penerbangan anda akan mengambil beg anda di destinasi terakhir.

* Ambil beg anda sebaik tiba ke destinasi dengan kadar segera. Jangan tinggalkan beg di atas ´carousel´ sementara anda membuat panggilan telefon atau berjalan-jalan di dalam lapangan terbang.


Source : Harian Metro – 7 October 2010

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises