- Kita perlu menyukai bos kita,
setidak-tidaknya hormatilah beliau.
- Kita harus suka dan
menghormati rakan-rakan sekerja yang lain.
- Cuba elakkan pertengkaran antara rakan
sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk
menyelesaikannya.
- Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan
sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.
- Senaraikan langkah-langkah yang kita
boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.
- Fokus pada kerja yang penting dan
habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.
- Elakkan borak kosong yang boleh memakan
masa terlalu lama.
- Lakukan kerja-kerja persendirian di luar
waktu kerja.
- Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk
mengembalikan tenaga yang telah hilang.
- Bersyukurlah dengan apa yang ada.
Bersyukurlah kerana kita mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih
menganggur atau sedang mencari pekerjaan.
0 comments:
Post a Comment