Membawa barang yang banyak terutama
ketika melancong dalam tempoh lama sememangnya perkara biasa.
Pasti banyak barang yang perlu di bawa
bagi memenuhi segala keperluan sepanjang melancong.
Bagaimanapun, barang yang banyak
menuntut anda membawa beg besar atau banyak sekali gus membuatkan ia terlebih
muatan.
Bagi mengelakkan situasi itu, anda
perlu memilih barangan yang dibawa benar-benar keperluan ketika melancong.
Ada juga situasi selepas mengemas
didapati beg yang bakal dibawa besar dan sangat padat walaupun anda sudah
meminimumkan barangan yang dibawa.
Perkara ini biasanya terjadi disebabkan
cara penyusunan barang.
Oleh itu, tip mengemas beg secara
praktikal ini mungkin boleh membantu anda sekali gus meringankan beg yang bakal
dibawa.
* Pertama, ketika meletakkan pakaian
dalam beg, gulung terlebih dulu pakaian itu. Selain dapat menjimatkan ruang,
pakaian yang digulung juga dapat mengurangkan kedut pada baju anda.
Bagi pakaian jenis kapas yang ringan
dan nipis, anda boleh menggulungnya sekecil mungkin.
* Kedua, letakkan barang yang paling
berat di bahagian bawah beg supaya bebanan tidak terlalu berat dan beg juga
lebih seimbang. Kemudian diikuti dengan barangan lain.
Perlu diingat, untuk membawa barang
seperti komputer riba atau kamera, pastikan anda meletakkannya terlebih dulu ke
dalam bekas yang tahan lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian anda.
* Ketiga, jika membawa kelengkapan
peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, pastikan anda membawanya
dalam botol atau saiz yang kecil.
Selain dapat menjimatkan pemakaian,
tentunya menjimatkan ruang dalam beg anda.
* Keempat, sediakan beg plastik untuk
menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih.
Situasi itu berlaku jika anda bercuti di pulau atau kawasan pantai.
Justeru dengan adanya beg plastik, baju
anda yang masih bersih boleh diselamatkan daripada kotor, basah atau berbau
peluh.
* Kelima, asingkan barang yang amat
penting seperti dompet atau pasport ke dalam beg kecil bagi memudahkan anda
mengambilnya ketika diperlukan. Anda tidak perlu lagi menyelongkar beg yang
berisi pakaian dan barangan lain.
* Keenam, jika membawa kasut lebih,
bungkus saja ia dengan plastik supaya menjimatkan ruang. Apabila membawa bantal
pula, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal.
Pastikan juga ketika anda pergi dan
pulang dari bercuti anda memakai pakaian yang mengambil ruang penyimpanan yang
banyak atau berat seperti jaket dan seluar jeans.
Langkah itu boleh meringankan beban
barangan yang dibawa ketika pergi melancong.
0 comments:
Post a Comment