Melancong Pada Musim Cuti Sekolah

Friday, 15 August 2014



1.
Cari Tarikh Yang Sesuai - semak tarikh tersebut beberapa kali dan pastikan anda dan keluarga anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti lain, sebaiknya tarikh ditentukan 3 bulan sebelum pergi bercuti.

2.
Anggaran Budget Percutian - sebagaimana yang anda maklum, apabila tiba cuti sekolah harga-harga seperti hotel, tiket, pengangkutan dan lain-lain akan menjadi lebih mahal.  Adakalanya ianya akan ada kenaikan sehingga 20% - 40% dari kadar biasa.  Musim cuti sekolah merupakan "peak season" @ "high season" dimana anda memerlukan budget mengikut harga semasa musim cuti.  Ini bermakna anggaran budget anda perlulah lebih dari anggaran waktu lain.

3.
Pilih Lokasi  - dari Perlis sampai ke Sabah, dari dasar laut hingga ke atas gunung.  Malaysia mempunyai pelbagai destinasi menarik.  Rancang dengan keluarga anda percutian bagaimana yang anda inginkan dan sesuaikan dengan keadaan keluarga anda.  Sebagai contohnya adalah kurang sesuai bercuti ke Taman Negara sekiranya anda membawa bayi.  Percutian perkhemahan atau ke pulau-pulau yang memerlukan pengangkutan bot pula sesuai sekiranya anda bercuti bersama anak-anak yang telah memasuki alam persekolahan.  Pastikan juga lokasi pilihan anda sesuai dengan musim @ keadaan cuaca.  Contohnya pulau-pulau disekitar pantai timur tidak sesuai dilawati pada musim tengkujuh iaitu sekitar bulan November ke bulan Februari.

4.
Persediaan awal - buatlah tempahan awal seperti tempahan hotel @ penerbangan.  Ini kerana biasanya syarikat penerbangan Air Asia dan Mas menawarkan harga-harga yang sangat menarik sekiranya anda menempah awal.  Sekiranya anda ingin bercuti pada hujung tahun, rancanglah percutian anda di awal tahun.  Anda juga boleh membeli pakej-pakej percutian dari syarikat-syarikat pelancongan supaya percutian anda lebih terancang dan teratur.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises