MELUANGKAN masa berkualiti dengan melancong bersama warga tua tidak kira
ibu bapa, nenek atau datuk pasti menyeronokkan dan semestinya meninggalkan
kenangan terindah.
Ramai dalam kalangan kita yang jarang membawa warga tua melancong
bersama disebabkan faktor usia dan kesihatan.
Justeru, beberapa perkara perlu dititikberatkan supaya percutian tidak
mendatangkan masalah terutama kesihatan.
Tip melancong ini mungkin dapat membantu anda yang merancang membawa
ibu, bapa, nenek atau datuk melancong ke destinasi percutian pilihan.
1) Bawa bekalan ubat-ubatan. Ia perkara paling penting dan perlu diberi
keutamaan kerana bekalan ubat-ubatan mencukupi berupaya mengatasi masalah kesihatan
jika berlaku.
Adakalanya, ubat yang digunakan warga tua tidak sama dengan lokasi
dilawati. Persediaan awal dapat mengelakkan sebarang kemungkinan.
Pastikan juga ubat yang dibawa dilengkapi label bagi mengelakkan
kekeliruan terutama apabila diserang sakit.
2) Jagalah pemakanan, bagi mengelakkan diserang penyakit yang tidak
diduga.
3) Elak perut kosong. Ia bagi mengelak perut masuk angin dan mengganggu
kesihatan anda.
4) Rehat secukupnya. Rehat secukupnya di setiap perhentian amat penting
supaya segar semula.
Bagaimanapun, warga tua memerlukan lebih banyak rehat berbanding
individu lain.
5) Kerap minum air untuk mengelak berlaku penyahhidratan (dehydration)
apabila cuaca panas.
6) Bawa pakaian khas yang selesa untuk persediaan berlakunya pertukaran
cuaca di lokasi percutian. Ia bagi mengelakkan terkena penyakit termasuk
selesema kerana cuaca sejuk.
7) Bawa krim pelembap jika mempunyai alahan kulit.
8) Buat pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan perjalanan sekiranya
mempunyai penyakit serius.
0 comments:
Post a Comment