Tempat Menarik PADANG, Indonesia

Friday, 9 September 2016



PANDAI SIKAT / PANDAI SIKEK
Perkampungan ini adalah tempat terbaik untuk anda dapatkan baju tradisional dan ukiran kayu.

TASIK MANINJAU
Dengan nama yang bermaksud 'untuk melihat'. Tidak hairanlah mengapa ramai berkumpul untuk melihat keindahan Tasik Kaldera. Permukaan tasik yang tenang dan mencerminkan kawasan pergunungan. 

TASIK SINGKARAK
Tasik terpanjang di Sumatera Barat yang menawarkan aktiviti sukan air. 

PANTAI ARTA DAN KATA
Kedua-dua pantai ini terkenal dengan pokok Pine yang menghiasi sepanjangan pantai dan air yang jernih. 

PULAU MENTAWAI
Mentawai adalah kepulauan kecil dengan 4 pulau iaitu Siberut, Sipora, Pagai dan Pagai Selatan. Di Pulau Siberut, masyarakat masih lagi tidak terdedah pada dunia luar. Mentawai juga tempat terbaik bagi peluncur antarabangsa. 

LEMBAH ANAI
Lembah Anai mempunyai pemandangan yang indah dengan sungai yang mempunyai air yang jernih. 

NGARAI SIANOK
Berada di kawasan bukit dan mempunyai rangkaian terowong di Gua Jepun dan Fort De Kock (bekas kubu Belanda. 

JAM GADANG
Landmark bagi Padang yang berdiri tinggi sebagai sebahagian daripada pemandangan bandar Bukittinggi. 

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.
 
Pakej Bajet Percutian Muslim © 2014 | Designed by Interline Cruises