MASJID RAYA MEDAN
Kalau ke Medan jangan lupa untuk mengujung Masjid Raya Medan yang merupakan ikon Medan. Nama lain ialah Masjia Raya Al Mashun yang dibina pada 21 August 1906.
DANAU TOBA
Salah satu tempat yang paling terkenal di Medan dengan pemandangan yang indah dan budaya tersendiri. Dibentuk dari letusan gunung berapi. Dan ia kini menjadi tasik semulajadi terbesar.
ISTANA MAIMUN
Terkenal kerana merupakan peninggalan kerajaan Deli. Sebuah istana berwarna kuning berdiri megah di tengah kota Medan. Mempunyai kombinasi senibina Melayu, Sepanyol, India dan Itali.
AIR TERJUN SIPISO PISO
Air terjun Sipiso piso berada sekitar 135km dari Brastagi. Keindahan air terjun ditambah dengan pemandangan Danau Toba serta Matahari.
GUNUNG SIBAYAK DAN SINABUNG
Sibayak merupakan gunung berapi yang disebut juga dengan Gunung Raja. Di sekitar Gunung Sibayak juga terdapat perkampungan penduduk. Selain itu, ada juga Gunung Sinabung yang terletak di Kabanjahe yang merupakan gunung berapi yang masih aktif.
BUKIT LAWANG
Terletak di taman Leuser yang terkenal dengan Orang Utan.
BRASTAGI
Berada di pergunungan Karo, anda akan menemui bandar yang dinamakan Brastagi. Berada di 4,594 kaki dari aras laut. Nikmati pemandangan indah meliputi Gunung Sibayak dan Gunung Sinabung.
PERKAMPUNGAN LINGGA
Perkampungan ini adalah perkampungan kecik Batak Karo dengan rumah kayu tradisional. Sesetangah keluarga masih lagi tinggal di sini.
PULAU SAMOSIR
Pulau Samosir berada di tengah Tasik Toba. Pulau Samosir terkenal dengan budaya tersendiri dan suasana yang tenang. Anda hanya boleh datang ke sini dengan menaiki bot.
PANDAN BEACH
Jika anda merasai pasir pantai yang putih, makanan laut yang segar dan kongi pengalaman dengan kehidupan perkampungan nelayan. Anda akan kagum dengan pemandangan lautan Hindi.
MERDEKA WALK
Menjadi tempat lepak anak muda dan dipenuhi restaurant dan musik (live)
0 comments:
Post a Comment